Saturday, May 23, 2009

Raja Petra : Anwar Ibrahim

'Pet' Anwar

Oleh x-pkr

Pet adalah panggilan mesra AnWAR kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK). Fantasia RPK juga amat tinggi, seiring dengan fantasia AnWAR. Berikut serba sedikit RPK yang saya kenali dahulu:

1. Beliau adalah rakan AnWAR di MCKK yg byk membantu AnWAR di awal era reformasi. RPK menerajui ‘Free AnWAR Campaign’ (FAC) menerusi internet yg mencetuskan fenomena baru ketika itu. Kesan terhadap kempen ini ‘diragui’ kerana tiada hasil yg nyata ianya berjaya.


2. Namun kewangan Wan Azizah ketika itu ‘kopak’ dikerjakan RPK. Segalanya perbelanjaan hasil rumah RPK ditanggung oleh Wan Azizah, kononnya RPK terlalu sibuk dgn. kempen FAC. Bosan dgn sikap RPK yang berjanji menggunakan media maya membebaskan AnWAR, Wan Azizah menarik balik segala pembiayaannya kpd RPK.


3. RPK kemudian di pindahkan mengetuai Suara Keadilan (SK) dan beroperasi di Jalan Telawi, Bangsar. Di tengah kehangatan reformasi, SK laris bak goreng pisang panas. Jualan SK pernah mencecah 30,000 naskah setiap dua minggu. Jumlah yg amat baik utk suratkhabar pembangkang tanpa permit ketika itu.


4. Namun SK ‘tidak pernah untung’. Tiada rekod kewangan yg jelas. Jumlah suratkhabar yg dikeluarkan tidak sepadan dgn kewangan yg diterima. Terlalu byk rungutan dari syarikat percetakan berkaitan invois yg tidak dibayar. Gaji staf SK juga tidak dibayar, sedangkan RPK dan keluarga hidup mewah. Ketua unit kewangan SK ketika itu adalah Marina Lee Abdullah, isteri RPK.


5. Setelah ditendang keluar dari SK, RPK seperti ‘hantu raya tidak bertuan’. Melilau ke sana ke mari mencari sumber kewangan. Pendapatan sbg ketua editor ‘Malaysia Today’ tidak stabil krn masih baru dan tiada cerita sensasi yg boleh menarik iklan sbg sumber kewangan. RPK bersahabat baik pula dgn Datuk Kamarul Baharin, setiausaha agung PKR ketika itu.


6. Datuk Kamarul melantik RPK suami isteri sbg Pengarah Majlis Makan Malam PKR yg diadakan di Shangri-La Hotel KL pada 2003 . Makan malam tersebut bertujuan mengumpul dana membiayai kegiatan PKR. Sekali lagi, penyata kewangan majlis tersebut tidak selari dgn sambutan hangat makan malam tersebut. Penyata yg di bentang dipersoal oleh Presiden PKR namun ditutup oleh Datuk Kamarul.


7. Selepas p/raya umum 2004, pejabat s/u agung PKR, Datuk Kamarul diamanahkan mengutip kembali wang deposit p/raya yg dipinjamkan PKR kpd semua calon PKR yg bertanding. RPK dan isterinya Marina Lee dilantik sbg agen menuntut kembali wang tersebut dari bekas-bekas calon PKR ketika itu. Sekali lagi, PKR pusat mempertikaikan jumlah wang yg diserah kpd parti dgn jumlah calon yg mengembalikan wang deposit tidak selari. Namun kes ini ditutup oleh PKR.


8. Setelah AnWAR bebas dari penjara tahun 2004, bermulalah episod sensasi ‘Malaysia Today’ dgn RPK sbg Ketua Editor. 2005, AnWAR memulakan serangan dgn isu komisyen sukhoi, kapal selam dan altantuya. Semua serangan bermula dari Malaysia Today dan dilakukan dengan pelbagai peringkat. AnWAR merancang serangan penuh strategi mengelirukan masyarakat tanpa bukti mahkamah yg kukuh. AnWAR menggunakan RPK bagi menjayakan misi, pastinya bukan percuma dan ada timbal balas antara mereka!

Rumah RPK di tengah-tengah Kelab Golf Rahman Putra Sg. Buloh boleh menjawab segala permasalahan kewangan RPK. ‘Trademark’ RPK yg menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson, suka pesta-pestaan melambangkan gaya hidup RPK yg penuh kebaratan! Beliau tidak merokok, namun isterinya sering kelihatan ‘berasap’ di majlis-majlis PKR (tidak pelik pun wanita merokok….)

Inilah di sebalik tabir RPK, penulis upahan terhebat abad ini. Mungkin benar RPK adalah ‘pet’ (haiwan peliharaan) AnWAR yg dibela bagi melaksana segala arahan tuan. Saya sekadar berkongsi pengalaman kerana saya tidak pernah mempercayai RPK dulu, kini dan selamanya….


sumber - x-pkr

Thursday, May 21, 2009

Selangor: Khir Toyo

1. Pergantungan saya dan empat lagi ADUN BN Selangor sudah dijangka dari awal lagi. Inilah bentuk kebebasan bersuara dan keterbukaan yang mereka perjuangkan selama ini.

2. Saya digantung setahun kerana mengkritik Selcat dan tidak hadir pendengaran tersebut. Saya tidak hadir kerana saya menganggap pendengaran tersebut hanya bertujuan politik semata-mata ia diadakan secara terbuka dan tiada apa-apa tindakan yang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang memberi keterangan dalam sesi tersebut. Lebih daripada itu Selcat tidak mempunyai locus standi untuk mendengar isu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO)yang tertakluk dalam akta ROS.

3. Telahan saya bahawa Selcat bertujuan politik memburukkan orang itu nyata benar kerana pendengaran tersebut bukan sahaja membabitkan isu Balkis malah juga meleret-leret kepada isu-isu lawatan kerja saya yang tiada kena mengena dengan Balkis. Malahan sebahagian keterangan tersebut bukan sahaja tidak benar malah beransur memfitnah. Lebih aneh keterangan-keterangan dalam Selcat dilindungi pula oleh imuniti.

4. Namun yang penting ialah pergantungan 4 orang lagi rakan ADUN BN kerana mengkritik Selcat dalam media menunjukkan belang sebenar Pakatan Rakyat. Tidak pernah dalam sejarah ahli Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen digantung kerana mengkritik undang-undang atau Dewan. Jika ini dijadikan kes duluan maka ramailah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bakal digantung kerana mengkritik pelbagai undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen termasuk ISA.

5. Saya dan empat lagi rakan menghormati DUN Selangor dan juga Speaker dengan menghadiri "perbicaraan" Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berbanding speaker sekarang YB Teng yang langsung tidak menghadirinya ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang.

6. Untuk rekod YB Teng bukan digantung kerana mengkritik pentadbiran saya atau DUN Selangor tetapi digantung kerana membuang Peraturan DUN ke dalam tong sampah. Malah Sungguhpun tidak hadir, YB Teng diberi pilihan meminta meminta maaf atau digantung. Beliau memilih digantung.

7. Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai apakah mereka benar-benar memperjuangkan kebebasan bersuara dan keterbukaan yang mereka laung-laungkan.

8. Saya juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang jika keputusan tersebut diluluskan dalam sidang DUN akan datang. Namun pertimbangan tersebut bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga dari segi suasana politik sekarang.

9. Ramai yang sudah penat membaca kes naik turun mahkamah membabitkan ahli politik. Mungkin tidak sesuai untuk satu lagi kes dibawa ke mahkamah. Apatah lagi bagi Pakatan Rakyat mereka hanya menerima keputusan mahkamah jika ia berpihak kepada mereka.


Oleh: Dr. Mohamad Khir Toyo
Note: www.drkhir.com

Tuesday, May 19, 2009

PERAK: Politik Sebenar di Perak

Petikan dari http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8682


Isu Semasa Pemuda: Krisis Perak, Fakta Sebenar
Posted on Monday, May 18 @ 15:39:37 MYT
Topic: Berita Terkini




Oleh Kazman Kamal



Kuala Lumpur -- Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu Paduka Seri Sultan Perak pernah menolak dua kali permohonan Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu.




Beliau berkata permohonan pertama BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri di Perak dan keduanya pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti.



Berikut penjelasan lanjut berkenaan perkara itu khususnya fakta sebenar berkenaan krisis politik di Perak yang dipetik dari blog Penasihat Undang-undang UMNO.(www.puu-umno.blogspot.com)



1. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI?



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya menyentuh tentang pemecatan Dato’ Seri Nizar yang menurut pandangan Yang Arif Hakim Dato’ Aziz, pemecatan seseorang Menteri Besar harus dibuat melalui persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan usul tidak percaya.



Yang Arif Hakim telah khilaf di dalam keputusannya dengan tidak mengambil kira tindakan-tindakan ADUN-ADUN yang telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada Dato Seri Nizar.



2. MAHKAMAH PUTUS BAHAWA DEWAN DI BUBARKAN?



Mahkamah tidak pada bila-bila masa memutuskan bahawa Dewan seharusnya dibubarkan. Malahan kuasa dan hak untuk untuk membubarkan Dewan adalah kuasa Sultan seperti yang terkandung di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.



Selepas PRU12 yang lalu pada 8 Mac 2008, atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli (MB pada ketika itu) telah mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan.



Tuanku Sultan telah menolak permohonan tersebut walaupun BN merupakan parti yang mendapat majoriti, Pakatan Rakyat tidak wujud. Kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah sekali lagi menolak!



3. PERLUKAN DEWAN DIBUBARKAN?



Terdapat Majoriti yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Maka Tuanku Sultan tidak perlu membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang diwakili oleh Dato’ Seri Nizar yang hanya mempunyai 28 kerusi sahaja, berbanding dengan BN + Bebas = 31 kerusi (Majoriti mudah).



4. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?



Pakatan Rakyat harus menghormati sebarang keputusan yang di lakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, selaku Pemerintah Negeri, Mahkamah dan juga Dewan, walaupun keputusan tersebut bercanggah dengan kemahuan mereka.



Janganlah memainkan rakyat untuk kepentingan sendiri.



Sebarang pilihan raya hanya merupakan satu pembaziran wang Rakyat di dalam kegawatan ekonomi sekarang ini. Perbelanjaan pilihanraya bukanlah kecil atau murah sebaliknya menelan belanja berjuta-juta Ringgit, hanya untuk memuaskan nafsu rakus pemimpin Pakatan Rakyat.



***tulisan bersama Abu Bakar As-Sidek Bin Dato Haji Mohd Sidek selaku ahli kumpulan Undang-undang UMNO/BN Perak.

PAS

Sana sini heboh mengatakan bahawa PAS kini mengamalkan "rasuah politik". Ramai yang mencemuh, ramai yang mengutuk, ramai yang mengata. Dari sebermulanya "pendedahan berani" Ust. Mohammad Daud Iraqi memaklumkan kepada dunia politik bahawa PAS sudah korup, maka ramai yang melatah, termasuklah beberapa pemimpin tertinggi PAS.

Sekali lagi, Nik Aziz Nik Mat telah memberikan kenyataan konstroversinya. Nik Aziz dilaporkan berkata...

“Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu. Jangan beri peluang kepada orang yang macam ini dalam kepemimpinan PAS, dia berjangkit dan membawa penyakit (daripada parti lawan)."

Nik Aziz menyeru supaya tolak pemimpin rasuah. Saya bersetuju. Nik Aziz suruh ambil duit rasuah tu, itu saya tak bersetuju! Itulah yang konstroversinya. Dia suruh ambil duit rasuah? Biar betul? Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang membawa maksud bahawa "perasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka tempatnya"? Tak tahulah pulak jika perasuah sahaja yang dipersalahkan di dalam Islam.

Agak menghairankan bila mursyidul am PAS itu "suruh ambil" duit rasuah itu. Tidak haramkah duit itu? Malah jika dibelanja makan manggunakan duit itu, tidak haramkah tindakan itu? Tidak menjadi darah daging haramkah implikasi dari memakan hasil duit rasuah itu? Tidak syubhahkah? Saya bukanlah Mufti Besar, apatah lagi saya bukanlah Imam Besar seperti As-Shafie atau Al-Ghazali yang mampu memberikan fatwa dan sebagainya. Tapi saya amat takut kepada rasuah yang difatwakan haram. Apatah lagi memakan hasil rasuah tersebut. Jadi saya mengambil pendekatan untuk berkerja untuk mendapat upah atau gaji untuk sumber rezeki saya.

Mungkin inilah jadinya PAS bila memakan duit hasil dari sumber US atau yahudi. Mungkin inilah jadinya bila bersahabat dengan "syaitan". Mungkin inilah jadinya bila "mengkafirkan" saudara seIslam sendiri. Mungkin "syaitan" itu telah menyebabkan Nik Aziz semakin "sesat" di dalam mempertahankan politiknya berbanding mempertahankan Islam sebenar sebagai pegangannya. Maklumlah...Ulama akhir zaman sememangnya begitu...!

Takbir !!!! :))

dukeofmontecristo
Bridger Comander myKMU

Monday, May 18, 2009

AL-Azhar University

Oleh emang psychotic killer, AIDCclub

Neo-conservatism adalah falsafah politik yang muncul di Amerika syarikat. Fahaman ini mendokong kekuasaan Amerika untuk menguasai dunia. Dalam fahaman ini, cara untuk menguasai dunia adalah melalui kuasa ketenteraan, kuasa ekonomi, mahupun diplomasi.


1.Kuasa ketenteraan digunakan sekiranya sesebuah negara itu dilihat mampu menjadi pencabar kepada kuasa ketenteraan Amerika. Amerika akan melabelkan negara tersebut sebagai negara fundamentalist dan terrorist.

Dengan penglabelan ini, maka Amerika akan menggunakan kuasa ketenteraan untuk menjajah. Antara negara yang telah terkulai melalui kuasa ketenteraan adalah Afghanistan, Iraq, dan akan berlanjutan kepada Iran yang kini dilihat mempunyai potensi dalam menggugat kuasa besar Amerika.

Dalam hal ini, arkitek perang Iraq iaitu Paul Wolfowitz adalah kawan rapat Anwar Ibrahim. Selain daripada itu, Anwar Ibrahim pernah menulis surat kepada Paul Wolfowitz tanda sokongannya kepada Paul Wolfowitz dalam penyerangan Iraq. That's Point!!!

2.Kuasa Ekonomi pula digunakan kepada negara-negara yang diplomasinya adalah tinggi terhadap Amerika. Negara Islam yang kaya minyak akan digondolkan. Manakala negara Islam yang mempunyai syarikat besar Minyak akan dipinggirkan. melalui kuasa ekonomi ini, alat untuk menjajah negara lain adalah melalui IMF, pinjaman modal , syarikat multi-coorporation mahupun ekonomi globalisasi.

Ekonomi globalisasi akan menghambat negara miskin utnuk meminjam modal lantas tertakluk dengan pejanjian hamba. Antara negara yang termasuk dalam permainan ini adala Korea Selatan, Indonesia dan kebanyakan negara lain.

Dalam hal ini, pada krisis ekonomi 1998, Anwar Ibrahim memaksa Tun Mahathir meminjam IMF agar Malaysia menjadi hamba kepada Amerika. Namun Tun Mahathir yang dianggap samurai asia oleh pemikir Islam tidak mengikuti telunjuk mantan perdana menterinya itu. Tun tahu bahawa penghutang akan menjadi hamba kepada pemiutang. Lantas Tun membuat dasar ekonomi dalam mengikat US dolar dengan ringgit yang menyalahi undang-undang ekonomi pada masa itu. Akhirnya Malaysia selamat. Anwar sememangnya mahu Malaysia jadi hamba kepada IMF. That's point!

3.Kuasa diplomasi pula digunakan kepada negara-negara Islam yang kaya minyaknya. Diplomasi ini digunakan di negara-negara teluk yang mempunyai rizab simpanan minyak terbesar dunia Minyak merupakan aset yang beharga kepada dunia. Maka melalui diplomasi ini, syarikat minyak kepunyaan Yahudi-Amerika akan mengaut segala khazanah minyak di semua negara-negara Islam.

Antara negara yang termasuk melalui kaedah ini adalah Arab Saudi, Kuwait, EAU dan sebahagian negara-negara Islam yang lain. Negara Islam yang mempunyai syarikat minyak akan terus dipaksa untuk membantu rakyat dengan subsidi yang tinggi sehingga syarikat minyak kepunyaan Islam itu akan bankrap dan tidak ada modal untuk membuka explorasi minyak di mana-mana perairan dunia.

Dalam hal ini, Anwar Ibrahim menentang cadangan Tun Abdul Razak dalam menubuhkan Syarikat Petronas Milik Malaysia dengan alasan membazir dan mengambil duit rakyat. Anwar juga menentang Tun Mahathir dalam memajukan syarikat Petronas ini dengan mengatakan jurang antara orang miskin dan kaya bertambah luas .

Anwar Ibrahim sekali lagi menentang Petronas pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Anwar mahu Petronas memberi subsidi yang tinggi kepada rakyat dan mengatakan harga minyak yang tinggi membebankan rakyat miskin dan menyifatkan tindakan kerajaan melampau. Sedangkan hakikatnya harga yang tinggi itulah menguntungkan negara kita. keuntungan petronas berbalik juga kepada negara kita pada masa masa akan datang.

Anwar mahu Petronas bankrap dan tidak mampu menjalankan operasinya dalam mengexplorasi minyak-minyak di perairan di serata dunia. Anwar mahu melihat negara Islam menjadi miskin dengan kebankrapan syarikat kepunyaan Islam. That's point!!!!!!!!!!!

4. Melalui falsafah neo-conservatisme ini, Amerika seharusnya dan dikehendaki melahirkan tokoh tokoh penting yang berpendidikan secularisme. Amerika juga seharusnya rapat dengan tokoh-tokoh Islam yang berfahaman modenist dan liberalist.

Tokoh tokoh ini seharusnya terdiri daripada mereka yang berfikiran anti-fundamentalisme. Tokoh tokoh ini haruslah membawa fahaman demokrasi dah Human Right ke negara negara ke serata dunia dengan kebebasan bersuara untum mengondem kerajaan yang baik.

Dalam hal ini, Anwar merupakan tokoh Demokrasi yang mendapat dana dari NED (National Endowment For Democrasy). NED adalah sebuah badan NGO yang penting di Amerika dalam penyebaran fahaman Demokrasi ke serata dunia. Anwar Ibrahim beberapa tahun yang lepas membentangkan kertas kerjanya bertajuk Islam dan demokrasi di New York. That's Point!!!!!

5. Melalui demokrasi ini, kebebasan bersuara adalah alat untuk menjatuhkan pemerintah yang baik. Kebebasan bersuara akan dimanipulasikan oleh Amerika untuk memasuki sebuah negara. Seperti mana yang berlaku di Iraq, NGO NGO mengomen tentang ketidakadilan Saddam dalam memperlakukan orang-orang Syiah di negaranya.

Maka NGO inilah digunakan oleh Amerika sebagai tiket untuk memasuki sebuah negara. Selain daripada metodolgi itu, kaedah mahupun cara yang lain adalah mendokong Free market untuk menjajah negara-negara lain yang miskin. Kaedah terakhir adalah mencipta "social welfare " (kabajikan sosial) untuk masyarakat civil menjalankan hak mereka tanpa dibelenggu oleh pemerintah.

Sedarkah kita bahawa NGO seperti HINDRAF itu disokong oleh Anwar Ibrahim. IFC juga disokong oleh Anwar Ibrahim. Majlis Peguam yang mahu kebebasan beragama dibuka kepada rakyat juga disokong oleh Anwar Ibrahim. Dalam hal ini, sekali lagi Anwar menggunakan kebebasan bersuaranya dalam menjatuhkan pemerintahan Pak Lah.

Konsep dan agenda Pak Lah dalam Islam Hadhari, Towering Malay, Kelas Minda Pertama, Minda Keusahawanan Melayu kesemuanya tersekat dan terhenti. Kesemua ini hasil usaha yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dalam menyekat kemajuan di negara Islam. Thats Point!!!!!!!!!!!!!!

kesemua ini adalah taktik dan cara Amerika menguasai dunia. Amerika tidak suka jikalau ada negara Islam yang mempunyai potensi yang luas untuk berkembang maju. Maka dengan inilah, kita lihat semacam ada perkaitan yang kuat antara Anwar Ibrahim dan Amerika yang dikuasai oleh zionisme yang berfahaman Neo-conservatisme untuk menghancurkan Islam.

Penulis terkenangkan kata-kata Yusuf Al-Qardawi yang pernah menaruh harapan hanya kepada Negara Malaysia. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak melihat satu negara Islam pun yang akan berkembang dari segi pelbagai aspek melainkan negara itu adalah Malaysia. Sehinggakan Beliau melabelkan Malaysia sebagai Andalusia Kecil yang akan meledakkan generasi baru yang gemilang.

Ingatlah saudara, landasan yang kita lalui ini adalah benar . Program seperti "Islam Hadhari" itu adalah agenda yang terbaik dalam memajukan umat Islam yang kini ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi.

Sheikhul Azhar Dr. Sayyid Tantawi sendiri pernah menyokong konsep Islam Hadhari ini sehinggakan Sheikhul Azhar ini ingin membawa konsep ini ke semua negara Islam. Yang menentang Islam Hadhari ini hanyalah golongan picisan yang tidak memahami konsep hadaf dan matlamat Islam yang sebenarnya.

Saudara, sedarilah, Malaysia adalah negara Islam yang mempunyai potensi dan karekter yang ideal untuk berkembang yang tidak dimiliki oleh negara lain.

Maka dengan inilah, Amerika tidak senang dengan kemunculan "harimau kecil" di Asia. Maka dengan inilah Amerika meletakkan proksinya dan menyanjung-nyanjung agen mayanya.

Marilah kita bersatu menentang orang itu, Ketahuilah orang itu tidak mempunyai apa-apa. Yang beliau ada hanyalah air liur basi yang sunguh busuk untuk negara ini...


ABDUL RAHMAN HJ TAJUDDIN
AL-AZHAR UNIVERSITY
FACULTY OF THEOLOGY
FAITH & PHILOSOPHY COURSE
ARAB REPUBLIC OF EGYPT

sumber - emang psychotic killer

EX-PKR: Luah Perasaan

Oleh X-PKR

Sudah terang lagi bersuluh! Benar seperti yang telah diulas sebelum ini.

1. Pembangkang mengumumkan akan bertemu bagi membincangkan kemelut politik Perak hari ini. Mereka merancang mengeluarkan kenyataan bersama agar nampak mereka bersepakat dalam hal ini.


2. Muka hadapan HARAKAH hari ini terpampang kenyataan YB Mahfuz Omar menyifatkan ada `tangan ghaib' di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak.

3. 2 manusia erdogan Selangor yang telah disebutkan memang `panjang akal'. Seorang professional, seorang lagi punya kelulusan tinggi. Maka mereka gunakan rakan `pak turut' yang gila glamour nak jadi `hero' tanpa fikirkan implikasi undang-undang untuk keluarkan kenyataan.


4. tangan ghaib' yang cuba mencampuri urusan mahkamah sebenarnya ialah AnWAR! Ramai yang tidak menyedari hal ini. Bagi pembangkang, majoriti hanya ghairah mengikut AnWAR tanpa mencari fakta yang sebenar! Sokong boleh, tapi harus terbuka minda mencari kebenaran hakiki! Jangan ikut membuta tuli sahaja.


5. Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.


6. Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.


7. AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.


8. Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba `membunuh' karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.


9. Pihak kerajaan harus membela Datuk Ramly. Bela lah beliau bukan kerana keputusannya berpihak kepada kerajaan, tetapi kerana beliau seorang yang berprinsip dan sentiasa menjunjung tinggi ketelusan keadilan di Malaysia. Jangan biar AnWAR membunuh jiwa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dengan tipu muslihatnya!


10. Tahun 1997, AnWAR pernah mengutus pegawainya menemui Hakim Mahkamah Tinggi di Wisma Denmark KL ketika itu, Datuk Mohd. Nor Ahmad bagi membantu kes beliau berkaitan buku 50 dalil. Bila hakim tersebut enggan berkompromi, beliau sempat `ditendang' keluar oleh AnWAR ke Shah Alam.


11. AnwaR juga pernah memanggil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Yusof Chin ke rumahnya beberap kali ketika kes buku 50 dalil masih masih belum selesai. Tiba-tiba hakim perbicaraan pula ditukarkan serta-merta. Prinsipnya, pada bila-bila masa atau apa keadaan sekalipun, cabang eksekutif tidak boleh memanggil cabang kehakiman di mana jua sekalipun!


12. Apakah ini bukan campurtangan namanya? Apakah bila AnWAR yang buat, maka ianya tidak, bila orang lain, ianya benar? AnWAR boleh saja terus berpura-pura menutup kejahatannya, namun penyokong harus berusaha mencari kebenaran! Bukan untuk mengaibkan tapi harus punya fakta tentang siapa yang kita sokong, kerana kita akan disoal kemudian hari nanti…….


sumber - x-pkr

Sidang DUN: Perak

Setelah keluar dari wad hospital semalam, saya terburu-buru mencapai notebook untuk mengetahui perkembangan pembukaan sidang DUN Perak. Sepatutnya saya berada di sana bersama bloggers untuk membuat "coverage", malangnya hajat saya tidak kesampaian kerana kurang sihat. Namun, setelah mendapat laporan berita dari media TV, blogger-blogger dan portal, akal dan perasaan saya mendidih marah. Marah meluap-luap, menyirap darah Melayu. Merah muka, telinga dan hidung saya. Sakit dihati melebihi sakit yang menyebabkan saya "dihospitalkan"!

Saya berikan salah satu contoh yang saya dapat dari youtube ini:


* http://www.youtube.com/watch?v=WtS9QVM3UC8&feature=related
* http://www.youtube.com/watch?v=5RGRsWYWdxY&feature=related
* http://www.youtube.com/watch?v=xSDgV13j5oM&feature=related
* http://www.youtube.com/watch?v=rArC3YjqaUY&feature=related


Saya amat marah! Amat sakit hati! Amat geram! Amat kecewa! Saya melihat bagaimana protokol dan aturan Dewan Undangan yang Mulia itu bertukar menjadi Dewan Mesyuarat Kongsi Gelap Perak! Saya melihat bagaimana Sivakumar sebagai seorang speaker yang kurang ajar! Sivakumar kurang ajar kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai speaker dewan, tidak profesional dalam menjalankan tugas, asyik dok ulang "saya tak mau dengar" berkali-kali, bersikap "arrogant" dengan kuasa yang ada, dan yang paling saya marah ialah SIVAKUMAR MEMBIARKAN DYMM RAJA NAZRIN MENUNGGU LAMA UNTUK MERASMIKAN SIDANG DEWAN! Ini menunjukkan Sivakumar adalah ADUN yang kurang ajar pada DYMM Sultan Perak. Setelah undi majoriti dibuat, Sivakumar masih tidak mahu berganjak dari kerusi Speaker Dewan.

ADUN-ADUN pembangkang ni takdak tamadun ka? Depa tak tau ka aturan Dewan Undangan? Depa tak pernah jadi ADUN ka? Sampai SU Negeri nak buat kerja pun depa serang, depa tolak, depa rampas buku/kertas aturan Dewan, depa nafikan penjawat awam buat kerja? Bentara pun depa tolak! Bentara tu siap kena buli teruk sebab mintak Sivakumar turun dari kerusi Speaker. Setelah Datuk R.Ganesan dipilih sebagai Speaker Dewan, dia minta Sivakumar turun, tapi si Sivakumar ni degil! Lepas kena campur tangan polis, baru dia "berjaya" diturunkan. Nampak sangat ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak ni samseng, tak bertamadun, tak reti hormat undang-undang dan bodoh sombong! Macam tu ke rupa perangai pemimpin PKR dan DAP???

Ada yang naik atas meja! Ada yang cabut mikrofon! Ada yang tolak orang sana sini! Ada yang dok serang YB Zamry dan ADUN-ADUN BN. Aku tengok ADUN-ADUN pembangkang yang masuk kawasan larangan dewan menyerang aggresif kawasan ADUN-ADUN BN. Depa yang "cross border"! Dah la tu...siap tarik mikrofon, cabut mikrofon, tolak orang sana sini, naik atas meja, songkok pun dah hilang! Takdak sifat pemimpin langsung! Macam kongsi gelap je rupanya! ADUN Simpang Pulai, ADUN Teja dan ramai lagi ADUN-ADUN DAP dan PKR yang biadap! Terbukti, bukan sakadar hearsay...

Bukalah mata mu wahai rakyat Perak! Bangkitlah!!! Bijaklah tuan-tuan semua membuat pilihan! Beginikah pemimpin yang anda pilih pada MAC 2008 yang lalu??? Apakah mereka tidak biadap kepada DYMM Sultan Perak? Apakah tuan-tuan tidak malu ber"ADUN"kan individu seperti mereka-mereka ini? Saya sebagai rakyat Kedah ni pun rasa malu dan marah, apatah lagi tuan-tuan yang bermukim di Perak. Lainlah tuan-tuan tidak ada rasa malu dan suka kepada budaya sebegini...Kepada negeri-negeri lain, inilah jadinya jika Pakatan Rakyat pegang kuasa! Huru hara!


dukeofmontecristo

p/s: maaflah "bahasa" agak caca merba, maklumlah tengah marah!

Anwar: Washington

Petikan dari MStar

Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan

WASHINGTON: Menteri Luar Datuk Anifah Aman membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

"Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apaapa," katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di sini,semalam.

Sebelum ini, Anwar telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 Sept lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.

"Dia cuba memujuk ahliahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) timbalan perdana menteri.

"Ini semua tidak diketahui oleh dunia umum sehingga sekarang," katanya.

Anifah berkata kerajaan Malaysia amat bimbang dengan tindakan Anwar merosakkan imej negara ketika berada di luar negara.

"Dia memberi gambaran salah secara berterusan dan menuduh semua pegawai kerajaan sebagai rasuah," katanya. BERNAMA

Congrats Perak: Dato' Seri Nizar

Ke hadapan YAB Dato Seri Nizar, didoakan semoga berada dalam perlindungan Allah hendaknya. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri kerana berjaya menjadi Menteri Besar semula dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sesungguhnya YAB Dato Seri telah mencipta sejarah yang besar serta menjadi orang pertama yang dahulu (the first to achieve several first) dalam sejarah di negara ini.

YAB Dato Seri adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada satu, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada enam.

Tetapi kehebatan Dato Seri menjadikan Dato Seri Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit.

Kedua Dato Serilah yang pertama memberikan tanah hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru. Jika lihat sejarah, kampung-kampung baru ini adalah bekas-bekas komunis yang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs zaman darurat.

Tahniah Dato Seri mengiktiraf pengganas komunis. Malangnya tidak pula memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera yang 99 peratus orang Melayu yang telah berkorban jiwa dan nyawa untuk tanahair.

Tahniah Dato Seri.

Penghargaan juga kepada YAB Dato Seri kerana menjadi ahli politik PAS pertama merealisasikan konsep Malaysian Malaysia anjuran PAP yang disambung perjuangannya oleh DAP.

YAB Dato Seri juga tahu bahawa Lim Kit Siang, maestro DAP itu adalah bekas setiausaha politik Lee Kuan Yew dan merupakan penyambung perjuangannya di Tanah Melayu selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia.

YAB Dato Seri saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri kerana berani mengenepikan Raja dan lebih patuh serta taat kepada Ngeh dan Nga lebih daripada DYTM Sultan Perak. Dato Serilah wira.

Dato Seri tahniah juga kerana walaupun berdarah separuh Cina, Dato Seri lebih Cina dari Cina-cina lain sebab sanggup menggunakan agama Islam untuk menjual orang-orang Melayu Perak.

Ini bukan sembah derhaka cuma doa saya agat kubur YAB Dato Seri tidak akan dikencing anak cucu kita nanti bila agama, negara dan bangsa sudah tergadai demi semata-mata untuk YAB Dato Seri mencapai cita-cita Dato Seri menjadi Menteri Besar.

Akhir kata saya doakan agar YAB Dato Seri dilindungi Allah swt dan dibukakan hati untuk melihat kebenaran.

Amin.



Salam Hormat

Rahimi Ariffin
Kg Seri Kinta
Ipoh Perak
Isnin, 11 Mei, 2009

(Surat ini diterima melalui e-mel)