Tuesday, December 8, 2009

PERPADUAN DI ANTARA SAUDARA ISLAM - PAS & UMNO

rakan2 sekelian, rakan pemerhati dan rakan dari pakatan menggoyang,

Saya tak faham kenapa soalan 'PERPADUAN' di tolak sama sekali oleh pemimpin PAS yang jelas sekali, mengaitkan Islam dengan Parti mereka. Apa yang pemimpin ini faham dengan perkataan 'PERPADUAN' sampai mereka bergaduh sesama sendiri, dan UMNO, hanya kerana perkataan 'PERPADUAN' yang akan memberi manfaat dan cara hidup yang lebih baik kepada saudara Islam dalam Malaysia. Ahli PAS yang kabur dengan perjuangan mereka bertentangan dengan Islam, yang pertikai kenyataan ini, kerana mereka anggap bila mati, parti dibawa bersama ke kubur (undi PAS masuk syurga).

Perpaduan tidak bermakna ahli PAS akan tolak perjuangan mereka, sama sekali dengan ahli UMNO. Perpaduan tidak bermakna PAS dan UMNO akan bergabung di dalam sebuah parti yang baru. Perpaduan bagi saya adalah di mana PAS dan UMNO duduk semeja dan bincang apa yang akan membawa kebaikan untuk seluruh umat Islam. Bukan apa yang sudah di bawa atau terjadi, tetapi apa yang boleh di bawa pada masa depan.

Kenapa:-

Bangsa Melayu amat tertekan dengan kenyataan2 dari parti2 bangsa lain di dalam BN dan Pakatan Menggoyang. Bangsa Melayu dipanggil 'racist / malas / gila kuasa / rasuah dan macam2 lagi'. Betul ke tuduhan ini ? Bangsa lain di Malaysia semua baik belaka, dan tak pernah racist, malas, gila kuasa, rasuah dan macam2 lagi. Ini lah kenyataan. Bukan bangsa sendiri yang bermasalah, tetapi seluruh negara kerana tidak beri peluang oleh pakatan menggoyang untuk menjalankan tugas dengan sempurna. MACC pun dituduh macam2 bahkan disokong dulu bila Tun Badawi memerintah.

Ahli dalam PAS dan UMNO adalah dari Bangsa Melayu Islam, dalam Islam kita diajar apa ? Undi PAS masuk syurga PAS ? Bila masa kita di sekolah sampai habis tingkatan lima, pernah kita nyanyi lagu UMNO atau BN dalam sekolah. Rasuah, Nik Ajis guna duit orang pergi Hajj, betul ke ni ? Pergi meningkat kan ilmu saya boleh terima, pergi umrah mungkin boleh, tapi pergi untuk Hajj. Kenapa orang tua kita jimat sampai tua baru pergi Hajj ? Free ke ? Kenapa Nik Ajis tak taja semua orang tua kat Kelantan ? Masjid pun tak pernah bina nak cakap parti Islam.

Insyallah Pemimpin PAS akan faham maksud 'PERPADUAN' dan kebaikan nya untuk ahli mereka juga sebelum terlambat dan negara Malaysia dipimpin oleh kafir dalam Masjid.

Tolong reply di :- http://www.facebook.com/topic.php?topic=13394&uid=34911489343

Wednesday, July 29, 2009

By Dr Mahathir Mohamad

By Dr. Mahathir Mohamad

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

Azmah Dahari. Exco KPU Maya.

Petikan dari nota Sdr Azmah Dahari. Exco KPU Maya.

http://www.facebook.com/posted.php?id=11214944403&success#/note.php?note_id=114167610682&id=842259385&ref=mf


Wong Chun How has said that many of the projects listed are not existing. This means Ean Yong have simply used Wong's name for claiming money without even telling him. There are so many projects that even Wong don't know from where it comes. That is why Wong said some of the projects are false. Wong is correct. Even Wong has been played out.

Then there is the case where Ean Yong Hian Wah just asked Teoh Beng Hock to make the invoices. This is illegal. Working with the contractors who want the job, Ean Yong just asked Teoh to make invoices with agreed amounts. So Teoh make the invoice, Ean Yong approve the project and the money is paid. Sometimes the project is not existent (like Wong has said) or just a portion is finished.

Here are four invoices manufactured by Teoh Beng Hock for Ean Yong Hian Wah:


1. MKMN Enterprise (Projek memasang tiang besi untuk pagar di Taman Serdang) for RM11,940.00
2. Syarikat Aris (Membina lantai konkrit untuk tempat tong sampah Kampung Air Panas, Kerling) for RM9,095.00
3. Fizami Construction (pagar dan longkang Pasar Rasa) for RM12,190.00
4. MA Bina Melor Enterprise (pagar di Taman Serdang Perdana) for RM19,513.00

Note that these invoices don't have signature. This is because they are from Teoh's computer disk. This is illegal. Why does Teoh have unsigned invoices stored in his computer memory? There are names and telephone numbers provided, in this case bumi contractors. For sure handphone sudah mati, cannot be located or address do not exist.

Please note that two contracts are given for 'projek memasang tiang besi untuk pagar di Taman Serdang' - one to MKMN Ent. ($11,940) and another one to MA Bina Melor Ent. ($19,513). Two different projects or just two different invoices but for the same Taman? Just make the invoice to siphon out the money.

Why keep the invoice inside Teoh's computer? Very strange.

detail bout the invoices http://t4tbh.blogspot.com/2009/07/ean-yong-making-own-invoices-for-claim.html

Saturday, May 23, 2009

Raja Petra : Anwar Ibrahim

'Pet' Anwar

Oleh x-pkr

Pet adalah panggilan mesra AnWAR kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK). Fantasia RPK juga amat tinggi, seiring dengan fantasia AnWAR. Berikut serba sedikit RPK yang saya kenali dahulu:

1. Beliau adalah rakan AnWAR di MCKK yg byk membantu AnWAR di awal era reformasi. RPK menerajui ‘Free AnWAR Campaign’ (FAC) menerusi internet yg mencetuskan fenomena baru ketika itu. Kesan terhadap kempen ini ‘diragui’ kerana tiada hasil yg nyata ianya berjaya.


2. Namun kewangan Wan Azizah ketika itu ‘kopak’ dikerjakan RPK. Segalanya perbelanjaan hasil rumah RPK ditanggung oleh Wan Azizah, kononnya RPK terlalu sibuk dgn. kempen FAC. Bosan dgn sikap RPK yang berjanji menggunakan media maya membebaskan AnWAR, Wan Azizah menarik balik segala pembiayaannya kpd RPK.


3. RPK kemudian di pindahkan mengetuai Suara Keadilan (SK) dan beroperasi di Jalan Telawi, Bangsar. Di tengah kehangatan reformasi, SK laris bak goreng pisang panas. Jualan SK pernah mencecah 30,000 naskah setiap dua minggu. Jumlah yg amat baik utk suratkhabar pembangkang tanpa permit ketika itu.


4. Namun SK ‘tidak pernah untung’. Tiada rekod kewangan yg jelas. Jumlah suratkhabar yg dikeluarkan tidak sepadan dgn kewangan yg diterima. Terlalu byk rungutan dari syarikat percetakan berkaitan invois yg tidak dibayar. Gaji staf SK juga tidak dibayar, sedangkan RPK dan keluarga hidup mewah. Ketua unit kewangan SK ketika itu adalah Marina Lee Abdullah, isteri RPK.


5. Setelah ditendang keluar dari SK, RPK seperti ‘hantu raya tidak bertuan’. Melilau ke sana ke mari mencari sumber kewangan. Pendapatan sbg ketua editor ‘Malaysia Today’ tidak stabil krn masih baru dan tiada cerita sensasi yg boleh menarik iklan sbg sumber kewangan. RPK bersahabat baik pula dgn Datuk Kamarul Baharin, setiausaha agung PKR ketika itu.


6. Datuk Kamarul melantik RPK suami isteri sbg Pengarah Majlis Makan Malam PKR yg diadakan di Shangri-La Hotel KL pada 2003 . Makan malam tersebut bertujuan mengumpul dana membiayai kegiatan PKR. Sekali lagi, penyata kewangan majlis tersebut tidak selari dgn sambutan hangat makan malam tersebut. Penyata yg di bentang dipersoal oleh Presiden PKR namun ditutup oleh Datuk Kamarul.


7. Selepas p/raya umum 2004, pejabat s/u agung PKR, Datuk Kamarul diamanahkan mengutip kembali wang deposit p/raya yg dipinjamkan PKR kpd semua calon PKR yg bertanding. RPK dan isterinya Marina Lee dilantik sbg agen menuntut kembali wang tersebut dari bekas-bekas calon PKR ketika itu. Sekali lagi, PKR pusat mempertikaikan jumlah wang yg diserah kpd parti dgn jumlah calon yg mengembalikan wang deposit tidak selari. Namun kes ini ditutup oleh PKR.


8. Setelah AnWAR bebas dari penjara tahun 2004, bermulalah episod sensasi ‘Malaysia Today’ dgn RPK sbg Ketua Editor. 2005, AnWAR memulakan serangan dgn isu komisyen sukhoi, kapal selam dan altantuya. Semua serangan bermula dari Malaysia Today dan dilakukan dengan pelbagai peringkat. AnWAR merancang serangan penuh strategi mengelirukan masyarakat tanpa bukti mahkamah yg kukuh. AnWAR menggunakan RPK bagi menjayakan misi, pastinya bukan percuma dan ada timbal balas antara mereka!

Rumah RPK di tengah-tengah Kelab Golf Rahman Putra Sg. Buloh boleh menjawab segala permasalahan kewangan RPK. ‘Trademark’ RPK yg menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson, suka pesta-pestaan melambangkan gaya hidup RPK yg penuh kebaratan! Beliau tidak merokok, namun isterinya sering kelihatan ‘berasap’ di majlis-majlis PKR (tidak pelik pun wanita merokok….)

Inilah di sebalik tabir RPK, penulis upahan terhebat abad ini. Mungkin benar RPK adalah ‘pet’ (haiwan peliharaan) AnWAR yg dibela bagi melaksana segala arahan tuan. Saya sekadar berkongsi pengalaman kerana saya tidak pernah mempercayai RPK dulu, kini dan selamanya….


sumber - x-pkr

Thursday, May 21, 2009

Selangor: Khir Toyo

1. Pergantungan saya dan empat lagi ADUN BN Selangor sudah dijangka dari awal lagi. Inilah bentuk kebebasan bersuara dan keterbukaan yang mereka perjuangkan selama ini.

2. Saya digantung setahun kerana mengkritik Selcat dan tidak hadir pendengaran tersebut. Saya tidak hadir kerana saya menganggap pendengaran tersebut hanya bertujuan politik semata-mata ia diadakan secara terbuka dan tiada apa-apa tindakan yang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang memberi keterangan dalam sesi tersebut. Lebih daripada itu Selcat tidak mempunyai locus standi untuk mendengar isu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO)yang tertakluk dalam akta ROS.

3. Telahan saya bahawa Selcat bertujuan politik memburukkan orang itu nyata benar kerana pendengaran tersebut bukan sahaja membabitkan isu Balkis malah juga meleret-leret kepada isu-isu lawatan kerja saya yang tiada kena mengena dengan Balkis. Malahan sebahagian keterangan tersebut bukan sahaja tidak benar malah beransur memfitnah. Lebih aneh keterangan-keterangan dalam Selcat dilindungi pula oleh imuniti.

4. Namun yang penting ialah pergantungan 4 orang lagi rakan ADUN BN kerana mengkritik Selcat dalam media menunjukkan belang sebenar Pakatan Rakyat. Tidak pernah dalam sejarah ahli Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen digantung kerana mengkritik undang-undang atau Dewan. Jika ini dijadikan kes duluan maka ramailah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bakal digantung kerana mengkritik pelbagai undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen termasuk ISA.

5. Saya dan empat lagi rakan menghormati DUN Selangor dan juga Speaker dengan menghadiri "perbicaraan" Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berbanding speaker sekarang YB Teng yang langsung tidak menghadirinya ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang.

6. Untuk rekod YB Teng bukan digantung kerana mengkritik pentadbiran saya atau DUN Selangor tetapi digantung kerana membuang Peraturan DUN ke dalam tong sampah. Malah Sungguhpun tidak hadir, YB Teng diberi pilihan meminta meminta maaf atau digantung. Beliau memilih digantung.

7. Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai apakah mereka benar-benar memperjuangkan kebebasan bersuara dan keterbukaan yang mereka laung-laungkan.

8. Saya juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang jika keputusan tersebut diluluskan dalam sidang DUN akan datang. Namun pertimbangan tersebut bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga dari segi suasana politik sekarang.

9. Ramai yang sudah penat membaca kes naik turun mahkamah membabitkan ahli politik. Mungkin tidak sesuai untuk satu lagi kes dibawa ke mahkamah. Apatah lagi bagi Pakatan Rakyat mereka hanya menerima keputusan mahkamah jika ia berpihak kepada mereka.


Oleh: Dr. Mohamad Khir Toyo
Note: www.drkhir.com

Tuesday, May 19, 2009

PERAK: Politik Sebenar di Perak

Petikan dari http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8682


Isu Semasa Pemuda: Krisis Perak, Fakta Sebenar
Posted on Monday, May 18 @ 15:39:37 MYT
Topic: Berita Terkini




Oleh Kazman Kamal



Kuala Lumpur -- Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu Paduka Seri Sultan Perak pernah menolak dua kali permohonan Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu.




Beliau berkata permohonan pertama BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri di Perak dan keduanya pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti.



Berikut penjelasan lanjut berkenaan perkara itu khususnya fakta sebenar berkenaan krisis politik di Perak yang dipetik dari blog Penasihat Undang-undang UMNO.(www.puu-umno.blogspot.com)



1. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI?



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya menyentuh tentang pemecatan Dato’ Seri Nizar yang menurut pandangan Yang Arif Hakim Dato’ Aziz, pemecatan seseorang Menteri Besar harus dibuat melalui persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan usul tidak percaya.



Yang Arif Hakim telah khilaf di dalam keputusannya dengan tidak mengambil kira tindakan-tindakan ADUN-ADUN yang telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada Dato Seri Nizar.



2. MAHKAMAH PUTUS BAHAWA DEWAN DI BUBARKAN?



Mahkamah tidak pada bila-bila masa memutuskan bahawa Dewan seharusnya dibubarkan. Malahan kuasa dan hak untuk untuk membubarkan Dewan adalah kuasa Sultan seperti yang terkandung di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.



Selepas PRU12 yang lalu pada 8 Mac 2008, atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6. Dato Tajol Rosli (MB pada ketika itu) telah mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan.



Tuanku Sultan telah menolak permohonan tersebut walaupun BN merupakan parti yang mendapat majoriti, Pakatan Rakyat tidak wujud. Kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti! Tuanku Sultan Perak telah sekali lagi menolak!



3. PERLUKAN DEWAN DIBUBARKAN?



Terdapat Majoriti yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Maka Tuanku Sultan tidak perlu membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang diwakili oleh Dato’ Seri Nizar yang hanya mempunyai 28 kerusi sahaja, berbanding dengan BN + Bebas = 31 kerusi (Majoriti mudah).



4. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?



Pakatan Rakyat harus menghormati sebarang keputusan yang di lakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, selaku Pemerintah Negeri, Mahkamah dan juga Dewan, walaupun keputusan tersebut bercanggah dengan kemahuan mereka.



Janganlah memainkan rakyat untuk kepentingan sendiri.



Sebarang pilihan raya hanya merupakan satu pembaziran wang Rakyat di dalam kegawatan ekonomi sekarang ini. Perbelanjaan pilihanraya bukanlah kecil atau murah sebaliknya menelan belanja berjuta-juta Ringgit, hanya untuk memuaskan nafsu rakus pemimpin Pakatan Rakyat.



***tulisan bersama Abu Bakar As-Sidek Bin Dato Haji Mohd Sidek selaku ahli kumpulan Undang-undang UMNO/BN Perak.

PAS

Sana sini heboh mengatakan bahawa PAS kini mengamalkan "rasuah politik". Ramai yang mencemuh, ramai yang mengutuk, ramai yang mengata. Dari sebermulanya "pendedahan berani" Ust. Mohammad Daud Iraqi memaklumkan kepada dunia politik bahawa PAS sudah korup, maka ramai yang melatah, termasuklah beberapa pemimpin tertinggi PAS.

Sekali lagi, Nik Aziz Nik Mat telah memberikan kenyataan konstroversinya. Nik Aziz dilaporkan berkata...

“Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu. Jangan beri peluang kepada orang yang macam ini dalam kepemimpinan PAS, dia berjangkit dan membawa penyakit (daripada parti lawan)."

Nik Aziz menyeru supaya tolak pemimpin rasuah. Saya bersetuju. Nik Aziz suruh ambil duit rasuah tu, itu saya tak bersetuju! Itulah yang konstroversinya. Dia suruh ambil duit rasuah? Biar betul? Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang membawa maksud bahawa "perasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka tempatnya"? Tak tahulah pulak jika perasuah sahaja yang dipersalahkan di dalam Islam.

Agak menghairankan bila mursyidul am PAS itu "suruh ambil" duit rasuah itu. Tidak haramkah duit itu? Malah jika dibelanja makan manggunakan duit itu, tidak haramkah tindakan itu? Tidak menjadi darah daging haramkah implikasi dari memakan hasil duit rasuah itu? Tidak syubhahkah? Saya bukanlah Mufti Besar, apatah lagi saya bukanlah Imam Besar seperti As-Shafie atau Al-Ghazali yang mampu memberikan fatwa dan sebagainya. Tapi saya amat takut kepada rasuah yang difatwakan haram. Apatah lagi memakan hasil rasuah tersebut. Jadi saya mengambil pendekatan untuk berkerja untuk mendapat upah atau gaji untuk sumber rezeki saya.

Mungkin inilah jadinya PAS bila memakan duit hasil dari sumber US atau yahudi. Mungkin inilah jadinya bila bersahabat dengan "syaitan". Mungkin inilah jadinya bila "mengkafirkan" saudara seIslam sendiri. Mungkin "syaitan" itu telah menyebabkan Nik Aziz semakin "sesat" di dalam mempertahankan politiknya berbanding mempertahankan Islam sebenar sebagai pegangannya. Maklumlah...Ulama akhir zaman sememangnya begitu...!

Takbir !!!! :))

dukeofmontecristo
Bridger Comander myKMU